Sunday, April 22, 2012

TIBAI tekad halang Anwar jadi pemimpin utama negara

IBRAHIM Ali bersama Zahid Mat Arip (tiga kiri) dan beberapa bekas pemimpin PKR melambai tangan ke arah penyokong pada majlis pelancaran TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 22 April - Lebih 3,000 orang menghadiri pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di sini malam ini, yang dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Kelab tersebut ditubuhkan bekas-bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menyedarkan rakyat supaya menolak Anwar kerana Ketua Pembangkang itu bertanggungjawab dalam mencetuskan pelbagai masalah kepada negara termasuk soal keselamatan.

Ia diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip sebagai Mursyidul Am TIBAI manakala seramai 28 bekas pemimpin parti itu dilantik ahli majlis syura dan mereka akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri dihalang.

Mereka yang dijemput menyampaikan ceramah sempena pelancaran tersebut ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; bekas pengasas PKR, Ng Yum Yong; bekas Exco Angkatan Muda PKR, Ghani Haron dan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

Ketika berucap di majlis berkenaan, Ibrahim berkata, rakyat negara ini wajib menolak dan menggagalkan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu bukan sahaja menghadapi masalah moral yang kronik tetapi semakin jauh tersesat dalam perjuangannya.

Kata beliau, Anwar juga mendokong fahaman pluralisme agama selain menyokong keselamatan Israel.

"Saya mengenali Anwar sejak tahun 70-an sewaktu kami sama-sama menjadi pemimpin pelajar, dahulu beliau idola semua orang termasuk saya kerana ketegasan memperjuangkan agama Islam. Saya sayang dan menghormati Anwar sehingga sanggup dipenjara kerana beliau.

"Namun selepas ditunjukkan dengan segala bukti sahih, saya akhirnya sedar Anwar tidak layak memimpin negara, Anwar bukan lagi pemimpin yang kami kenal semasa era 70-an, dia sudah jauh berubah dan pada saya, Anwar sudah jauh tersesat daripada perjuangan sebenar," katanya

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, rakyat perlu berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat keputusan tepat memecat Anwar, kerana kini terbukti segala dakwaan yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu adalah benar.

Menurutnya, jika Dr. Mahathir tidak memecat Anwar pada tahun 1998 dan sekarang negara ditadbir oleh beliau, Malaysia mungkin menerima nasib serupa sebagaimana dialami beberapa negara Arab yang kini musnah satu persatu akibat percaturan politik golongan Yahudi.

"Dakwaan pemecatannya itu satu konspirasi tidak berasas, orang yang membawa masuk dan menaikkan Anwar adalah Dr. Mahathir, beliau merupakan pemimpin kesayangan Dr. Mahathir pada ketika itu tetapi pemecatan terpaksa dibuat kerana Anwar dikaitkan dengan masalah moral," katanya.


Monday, April 16, 2012

Resolusi PTPTN dalam Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012







Berikut adalah 11 resolusi yang dicapai pada Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 anjuran Pemuda UMNO.
 
Dari aspek pinjaman:

1. Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.


2. Bagi menampung keperluan Meja Bulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan syarikat-syarikat utama dalam Negara  


3. Skim insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.


4. Kemudahan pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran di luar negara khasnya di Timur Tengah.

5. Pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke semenanjung dan sebaliknya hendaklah meliputi harga tiket penerbangan 2 kali setahun.


Dari aspek pembayaran:


6. Rombakan terhadap sistem bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:


a) bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.


b) kaedah bayaran balik hendaklah dikaji semula dengan mengambil kira mekanisma pembayaran seperti KWSP dan LHDN disamping kemudahan pembayaran melalui sistem e-payment sedia ada.


c) Insentif pelepasan cukai diperkenalkan kepada majikan-majikan yang bersedia menjelaskan bayaran PTPTN pekerja mereka.


d) kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.


Dari segi tabungan SSPN:


7. Kerajaan hendaklah menyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah terus kepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akuan SSPN.


Dari aspek komunikasi:


8. Peminjam dan PTPTN hendaklah melaksanakan ucapan akad untuk memastikan peminjam sedar bahawa pinjaman PTPTN perlu dibayar semula.


9. PTPTN hendaklah melaksanakan promosi dan menyebar luas segala maklumat yang tepat kepada peminjam dan masyarakat agar kefahaman terhadap fungsi dan kedudukan PTPTN dapat difahami.


10. PTPTN hendaklah menggunakan secara maksima media baru agar segala aktiviti promosi dan penyebar luas maklumat akan lebih berkesan.


11. PTPTN perlu bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi sara hidup seandainya kerajaan memutuskan untuk memberikan pendidikan percuma diperingkat pengajian tinggi.

Thursday, March 15, 2012




Senyum Itu Sedekah

Assalamualaikum, Salam Penghulu segala hari, Salam 1Malaysia. Selamat pagi Jumaat yang indah lagi diberkati. Sedikit renungan Jumaat ingin saya kongsikan bersama semua rakan blog tentang Senyum itu sedekah:

Rasulullah S.A.W bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Kita mampu bersedekah walaupun kita tidak berharta. Senyumlah dengan hati yang ikhlas, pasti Allah akan balas. InsyaAllah.



Thursday, March 8, 2012

Sekitar Program Lawatan Y.A.B. Menteri Besar Johor ke Parlimen Bakri
(28-30 Januari 2012)

 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bakri (kiri) Tn Hj Mohd Mohd Tukirin bersama Dato Hj Ahmad Zahri Jamil (Exco Kerajaan Negeri Johor)
 Penyampaian Cenderahati kepada YAB Menteri Besar Johor oleh YH Dato' Hj Saipol Bahri Hj Suib, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Bakri.
 Bergambar kenangan bersama YB Maulizan Bujang
Alhamdulillah, semua  Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan hadir pada majlis makan malam dan sepanjang 3 Hari lawatan Y.A.B Menteri Besar. (Berbaju kuning, Tn Hj Amran Abd Rahman - Pegawai Daerah Muar, Berbaju Coklat Tuan Nasir -Ketua Polis Daerah Muar)
 Cenderahati untuk YAB Menteri Besar Johor.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Tn Hj Mohd Fuad Tukirin bergambar kenangan bersama YAB Menteri Besar Johor.
 Penyampaian bantuan kerusi roda kepada seorang penerima






Wednesday, March 7, 2012

PROGRAM JALINAN KASIH UMNO & JABATAN PENERANGAN


Program Jalinan Kasih pada 29 Februari -2 Mac 2012
(DUN Bukit Naning, Sungai Abong & Bentayan)










 Penerima bantuan ini berusia 104 tahun. Alhamdulillah panjang umurnya. Semoga beliau sihat sentiasa.