Saturday, January 30, 2010

Penasihat Undang-Undang UMNO

hafarizam. pindaan perlembagaan umno jpg

Datuk Mohd Hafarizam Bin Harun - Hafarizam Wan & Aisha Mubarak
PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO ( RINGKASAN ) 





Premis pertama


MELUASKAN JUMLAH PERWAKILAN


  1. Meluaskan jumlah perwakilan dan sekaligus memindahkan kuasa memilih Ahli- ahli Majlis Tertinggi (MT) termasuk Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia ke peringkat Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Fasal-fasal yang terlibat ialah 8.3.3, 8.3.4, 9.3, 9.4, 9.9, 9.10, 14.5.1, 14.5.2, 14.5.4, 17.5.7 & 17.5.8 serta memasukkan fasal baru 14.4.7 Perlembagaan UMNO Malaysia.


  2. Efeknya, secara ringkas, ialah seramai 146,500 perwakilan Bahagian-Bahagian (sebanyak 191 Bahagian) akan memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO (iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden & 25 Ahli Majlis Tertinggi) disamping memilih ahli jawatankuasa Bahagian.


  3. Selaras dengan pindaan ini juga, Ketua-Ketua Sayap Cawangan (iaitu Wanita, Pemuda & Puteri) akan secara otomatik menjadi perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian (sebagai contoh, untuk cawangan yang ahlinya adalah 250 orang, seramai 9 wakil Cawangan iaitu 1 Ketua, 5 wakil Cawangan & 3 Ketua sayap).


  4. Ini merupakan perubahan besar kepada UMNO dan tentunya akan didukung oleh semua ahli UMNO dan dihormati oleh rakyat.


Premis kedua
PENGHAPUSAN KOUTA
Penghapusan kouta - Bermaksud ahli-ahli UMNO yang ingin menawarkan  diri untuk bertanding hanya perlu memenuhi kelayakan minima iaitu :-


  1. Untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi hendaklah sekurang-kurangnya telah menjadi Ahli MT (MT) atau Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) selama satu (1) penggal.


  2. Manakala untuk bertanding AJK Bahagian pula adalah menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Fasal-fasal yang terlibat adalah 9.5 dan 15.5 Perlembagaan UMNO. Untuk makluman,


  3. Perlembagaan Malaysia juga ada menetapkan kelayakan minima jika seseorang itu mahu bertanding untuk kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Premis ketiga

PERTAMBAHAN WAKIL WANITA SELAKU AHLI LANTIKAN




  1. Pertambahan wakil wanita selaku ahli lantikan di semua peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Bahagian & Cawangan.


  2. Selari dengan itu juga, jumlah ahli lantikan yang dibolehkan untuk Presiden, Ketua Bahagian & Ketua Cawangan ditambah satu (1) di semua peringkat iaitu untuk MT tiga-belas (13) orang, Bahagian lapan (8) orang & Cawangan (6) orang. Fasal-fasal yang terlibat ialah 9.2.8, 15.1.8, 15.2 & 18.1.8 Perlembagaan UMNO.

Premis keempat

PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMILIHAN UMNO
(JPU)



  1. Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) sebagai satu badan khusus untuk mengendalikan pemilihan di peringkat MT dan Bahagian.


  2. Juga telah dicadangkan, untuk tahun pemilihan (bagi UMNO ialah 3 tahun sekali) pemilihan di peringkat Bahagian dibuat serentak. Dengan ini, kempen akan lebih teratur & mengurangkan 'politiking' (termasuk anasir salahlaku). Fasal terlibat ialah 10.5 Perlembagaan UMNO manakala untuk pemilihan serentak, ianya telah ada di Fasal 10.4. Apa yang perlu ialah arahan MT untuk dibuat serentak pemilihan Bahagian di dalam tahun pemilihan.

Premis kelima
YURAN TAHUNAN DI HAPUSKAN

  1. Yuran tahunan (RM1 setahun) dihapuskan dan RM2 yang dibayar sewaktu pendaftaran akan diterima sebagai yuran seumur hidup. Fasal-fasal yangterlibat ialah 8.4.3, 10.2, 10.9, 14.4.3, 14.4.4, 15.13.4, 15.13.8, 17.4.3 & 18.12.3
  2. Perlembagaan UMNO. Ini akan tentunya mengurangkan masalah pembatalan mesyuarat Cawangan dan meminimakan salahguna kuasa ketua cawangan yang dengan sengaja tidak membayar yuran tahunan (atau tidak mahu menerima yuran tahunan).

Premis keenam
PENDAFTARAN KEAHLIAN

  1. Sistem pendaftaran keahlian diperluaskan dengan memberi kuasa kepada ketua-ketua sayap iaitu Ketua Wanita Cawangan, Ketua Pemuda Cwangan & Ketua Puteri Cawangan (selain Ketua Cawangan yang sememangnya mempunyai kuasa tersebut).
  2. Dengan pindaan ini juga, kuasa melulus dan menerima akan dipecahkan kepada empat (4) peringkat iaitu Cawangan (oleh Ketua Cawangan), Wanita (oleh Ketua Wanita Cawangan), Pemuda (oleh Ketua Pemuda Cawangan) & Puteri (oleh Ketua Puteri Cawangan). Fasa-fasal yang terlibat ialah 5.2, 18.12.4 & 18.12.11 Perlembagaan UMNO.

Premis ketujuh
SETIAUSAHA BAHAGIAN

  1. Menjadikan Setiausaha Bahagian perwakilan otomatik ke Perhimpunan Agung Tahunan. Ini adalah mengenang jasa dan memberi pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian yang sememangnya berkerja kuat untuk memastikan pentabdiran Bahagian lancar. Fasal terlibat ialah 8.4.4 Perlembagaan UMNO.

Berita Terkini Dari Pejabat Penasihat Undang-Undang UMNO Malaysia

One response to “Penasihat Undang-Undang UMNO”

idrismobin said...

Premis keenam tu dah berkuatkuasa ke belum???

Leave a Reply