Thursday, July 1, 2010

Melawat Mangsa Kebakaran di Parit Tengah, Air Hitam, Muar

Imej025 (Large)

IMG_5392 (Large) IMG_5395 (Large)
IMG_5407 (Large) IMG_5415 (Large)
IMG_5404 (Large) IMG_5425 (Large)
IMG_5419 (Large) IMG_5427 (Large)
IMG_5442 (Large)
1 JULAI 2010: Suatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku di Kampung Parit Tengah, Air Hitam, Muar. Rumah keluarga En. Saim B. Samuk telah mengalami kebakaran. Pada masa kejadian Saudara Saim tiada dirumah kerana kerja diluar manakala isterinya Puan Khariah Othman juga tiada dirumah kerana pergi kenduri di rumah jirannya. Kejadian ini telah berlaku pada pukul 12.30 tengah hari dan di ketahui oleh Puan Khairiah pada pukul 12.50 tengah hari. Api yang marak menjilat rumah keluarga En. Saim dengan pantas sekali, walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku. Kesemua ahli keluarga En. Saim selamat. Punca dan anggaran kerugian masih disiasat.
   Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Bakri iaitu Tuan Hj Fuad B. Tukirin dan AJK Pergerakan Pemuda bersama Pejabat Agama Islam Daerah Muar telah melawat keluarga En. Saim dan melihat keadaan rumah mangsa. Sehubungan itu sedikit sumbangan dari Ketua Pergerakan UMNO Bhg Bakri juga dihulurkan bagi meringankan beban keluarga En.Saim. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pergerakan Pemuda khususnya Ketua Pergerakan Pemuda (Tuan Hj Mohd Fuad B. Tukirin) mengucapkan takziah dan harap bersabar atas ujian dari Allah S.W.T.

No response to “Melawat Mangsa Kebakaran di Parit Tengah, Air Hitam, Muar”

Leave a Reply