Tuesday, November 22, 2011

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia


 Assalamulaikum.

Baru-baru ini, bertarikh 20/11/2011 berlangsung sebuah konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang telah di adakan di PWTC Kuala Lumpur. Ribuan penggiat blog dan media sosial berkumpul di bawah 1 bumbung untuk membincangkan tentang resolusi yang dicadangkan oleh pelbagai pihak daripada pengiat blog dan alam maya. Majlis pelancaran program ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dan berberapa Menteri kabinet juga turut berkesempatan hadir dalam majlis tersebut. Konvensyen tersebut telah berjaya merumus 1 formula yang tepat dalam menggalakkan penggunaan media sosial untuk berhubung dengan pelbagai lapisan masyarakat.Pengamal media sosial diiktiraf sebagai pejuang dalam usaha menyebarkan maklumat, memperjelas isu dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan. Semua ini dilakukan untuk memperhebatkan lagi usaha murni pihak kerajaan dalam merasai denyutan nadi rakyat bagi merealisasikan hasrat Gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi terlaksana dengan jayanya. Tahniah!



3 Responses to “Konvensyen Media Sosial 1Malaysia”

Anak Bakri said...

Tahniah! satu usaha yang terbaik untuk terus mencari mekanisme untuk mencurah bakti kepada rakyat Malaysia.

budak kampung said...

tahniah...usaha yang membangakan

Terima kasih...Barisan Nasional sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Leave a Reply