TANAH MERAH 23 Nov. - Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji masalah air yang melanda Kelantan akan
diselesaikan segera sekiranya rakyat negeri ini memberi mandat kepada
Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan
datang.
Muhyiddin berkata, nasib rakyat Kelantan hanya akan terbela jika
mereka menyokong BN memandangkan kerajaan Pas Kelantan sudah terbukti
gagal menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah selama 21 tahun
di negeri ini.
Beliau berkata, bekalan air bersih yang diterima sebahagian rakyat
Kelantan hari ini pun merupakan ihsan dan usaha yang dilakukan BN ketika
memerintah Kelantan suatu ketika dulu.
"BN memberi jaminan masalah air ini akan diselesaikan segera. Kita
jamin masalah rakyat adalah keutamaan dan tidak boleh dibiarkan begitu
sahaja.
"Pas tidak dapat memberikan apa-apa walaupun ini adalah perkara asas
tetapi mereka gagal sampaikan anak-anak kita yang sedang membesar
terpaksa menggunakan air kotor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat
Parlimen Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri
Mustapa Mohamed; Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan
Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan sebanyak RM1.4 juta untuk menyiapkan masjid di Kampung Belimbing.
Terdahulu ketika berucap, Ikmal turut memohon peruntukkan sebanyak
RM4 juta daripada Kerajaan Pusat untuk untuk projek-projek kecil di
daerah ini termasuk bekalan air bersih dan baik pulih masjid yang dapat
memberi keselesaan kepada lebih 100,000 rakyat Tanah Merah.
Jelas beliau, rakyat Tanah Merah telah berjanji akan memberi sokongan
padu kepada BN kerana kesedaran yang timbul bahawa nasib mereka hanya
boleh dibela oleh kepimpinan BN.
"Banyak masjid dan surau di Tanah Merah yang teruk dan daif yang
memerlukan perhatian kepemimpinan Pas tetapi langsung tidak diendahkan,"
ujarnya.
Sumber daripada: Utusan online 24/11/2011
Wednesday, November 23, 2011
« Newer Post
Older Post »
No response to “BN janji selesai masalah air di Kelantan”
Leave a Reply